Tuesday, January 31, 2012

Setelah lama menyendiri dan suasana menyelimuti keadaan semasa menyebabkan Vektorlah tidak dapat menumpukan sepenuhnya hasil vektor yang berkualiti. Cuma kini, jika berkesempatan vektorlah akan mencuba yang terbaik agar peminat vektor yang tegar mendapat maklumbalas yang baik.

Sekiranya terdapat isu mahupun mempunyai pendapat ataupun soalan, adalah elok anda peminat tegar Vektor dan Vektorlah! menghantar e-mail kepada Vektorlah! iaitu di alamat ini :

vektorlah@gmail.com

Vektorlah menerima pelbagai pujian dan juga pendapat mengenai vektor terutama nya logo. Logo adalah hakcipta yang tersendiri di mana kita memainkan peranan sebagai penentusahkan kewujudan akan realisasi satu logo itu. Ini bermakna wujudnya satu logo maka wujudlah satu karektor yang ingin di kenali ramai (publisiti) sebagai contoh logo Jabatan Bekalan Air / JBA

Jabatan Bekalan Air Selangor / SYABAS


Maka di sini kita wujudkan kedamaian mahupun kefahaman idealogi logo itu sendiri, walhal logo itu memainkan peranan kepada masyarakat, negara mahupun faktor professional. Dengan ini logo adalah hak rekacipta yang di reka untuk mencerminkan peranan [role] sesuatu institusi mahupun syarikat. Tidak hairan ianya berkait rapat juga dengan individu yang suka akan logo mereka.

Vektorlah bukanlah bertujuan untuk melalut tetapi menceritakan apa sebenarnya tujuan logo itu, di samping ingin memaparkan hasil vektorlah terhadap satu temasya (event) di Pekan, Pahang Tua iaitu Larian Padi (bendang) Pahang Tua, Pekan Pahang. Contoh :-

Contoh 1

Contoh 2
Kesemua contoh ini adalah sebagai rujukan mahupun contoh yang telah Vektorlah cipta. Sesiapa yang ingin membuat rujukan ataupun inginkan contoh daripada vektor tersebut boleh e-mail kepada vektorlah seperti alamat email yang tertera di atas. Dengan itu terima kasih dan Sekian.

Vektorlah!

No comments:

Post a Comment